fb fb fb fb fb

BN menang PRK DUN Nenggiri dengan majoriti 3,352 undi - SPR

Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (dua kanan) diumumkan menang PRK DUN Nenggiri sebentar tadi

GUA MUSANG, 17 Ogos- Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumumkan menang secara rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan hari ini.

Kemenangan itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Mohd Azmawi memperoleh 9,091 undi mengatasi calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail dengan majoriti 3,352 undi dalam pertembungan satu lawan satu. Mohd Rizwadi memperoleh sebanyak 5,739 undi.

Sementara itu peratus keluar mengundi adalah sebanyak 73.88 peratus.

Untuk keterangan lanjut berkenaan keputusan PRK DUN Nenggiri layari https://dashboard.spr.gov.my/.

PRK DUN Nenggiri diadakan selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun lepas.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA