fb fb fb fb fb

Calon UMNO perlu ada ciri 'WALI'- Ahmad Zahid

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

JOHOR BAHRU, 26 Ogos - Calon yang bakal mewakili UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota perlu mempunyai ciri-ciri 'WALI' iaitu 'winnability' (boleh menang), 'acceptibility' (kebolehterimaan) dan 'likeability' (disenangi).

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu masih belum memuktamadkan calon yang bakal bertanding bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Katanya, keputusan akan diumumkan sebelum Hari Penamaan Calon PRK DUN Mahkota pada 14 September nanti.
 
Dalam pada itu beliau memaklumkan, pertemuannya dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang juga Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan ahli-ahli adalah menjurus kepada perbincangan strategi kempen dan gerak kerja akar umbi.
 
"Oleh kerana pengundi di DUN Mahkota ini tiga kali ganda berbanding DUN Nenggiri maka pendekatannya tentulah berbeza. Ini memandangkan di DUN itu terdapat 34 peratus pengundi Cina berbanding di Nenggiri hanya 19 orang.

"Ketua-ketua bahagian akan ditempatkan di 18 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN Mahkota, jadi beberapa kaedah yang agak berbeda," kata Ahmad Zahid kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor sempena Pilihan Raya Kecil DUN Mahkota di kediaman rasmi Menteri Besar Johor, Saujana.

PRK DUN Mahkota dijadual akan diadakan pada 28 September.

 

TETITIA YUSOFF