fb fb fb fb fb

BN menang PRK DUN Nenggiri berdasarkan keputusan tidak rasmi - Asyraf Wajdi

Tangkap layar siaran langsung Facebook Live menerusi akaun Facebook rasmi Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Nenggiri menyaksikan Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi itu, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan majoriti 3,372 undi apabila memperoleh 9,113 undi manakala lawannya Mohd Rizwadi Ismail daripada PAS yang mewakili Perikatan Nasional meraih 5,741 undi.

"BN dahulu kalah dengan majoriti 810 undi… kali ini BN menang dengan majoriti besar 3,372 undi," katanya menerusi perkongsian video yang disiarkan secara langsung di Facebook beliau malam ini.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Azmawi, yang mewakili Kerajaan Perpaduan, dan Mohd Rizwadi.

Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum oleh Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas setelah bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pilihan Raya Negeri Kelantan ke-15 pada Ogos tahun lepas menyaksikan Mohd Azizi menewaskan calon BN Ab Aziz Yussof dengan majoriti 810 undi. -BERNAMA

  

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA