fb fb fb fb fb

Azizi enggan pertahankan kerusi jika bertanding calon Bebas

- Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim

GUA MUSANG, 30 Jun - Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim tidak mahu mempertahankan kerusi Dewan Negeri Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 17 Ogos depan jika permohonan mencabar keputusan Speaker Dun Kelantan di mahkamah gagal.

Mohd Azizi mengesahkan dia tidak akan bertanding sekiranya menggunakan logo bebas dan bersedia memberi laluan kepada parti lain dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

"Saya kena berpijak di bumi yang nyata jika berhasrat hendak bertanding. Sekiranya saya bertanding saya mesti menggunakan logo.

"Kita tidak yakin sekiranya kita tidak menggunakan (bertanding melalui) parti, maksudnya bertanding atas tiket Bebas.

"Saya mungkin akan bagi laluan kepada kawan-kawan daripada parti kompenan sama ada daripada UMNO atau Barisan Nasional (BN).

"Pada saya bukan isu kerusi, tetapi menghormati semangat setia kawan kompenan dalam parti PH-BN," katanya kepada RTM di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Azizi berkata beliau berhak untuk menang dalam kes permohonan afidavit pembatalan notis surat makluman itu yang akan bermula pada 28 Ogos ini kerana tidak terlibat dengan Anti Lompat Parti.

Katanya, susulan itu permohonan untuk mempercepatkan perbicaraan atau bacaan akan dibuat oleh peguamnya.

GRACE AISYAH KEDAYAN