fb fb fb fb fb

MIPF bantu kempen Dr Joohari, termasuk bawa 500 petugas parti

Pengerusi MIPF, A.Kumaresan

SUNGAI BAKAP, 1 Julai- Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (MIPF) Pulau Pinang menyatakan komitmen bagi mengerakkan seluruh jentera parti dalam membantu kemenangan calon daripada Pakatan Harapan Cikgu Joohari Ariffin.

Untuk tujuan itu MIPF menyediakan satu bilik gerakan khas dengan membawa lebih 500 orang jentera bagi membantu calon berkempen di kawasan tersebut.

Pengerusinya, A.Kumaresan berkata, bawah Kerajaan Perpaduan masyarakat India tidak pernah dipinggirkan, baik daripada segi bantuan mahupun taraf hidup.

"Kami akan bawa sama-sama untuk menentukan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan atas kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memohon kepada pengundi di N20 Sg Bakap kalau Dr Joohari dipilih sebagai wakil rakyat.. masalah akan selesai," katanya.

Beliau berkata demikian selepas bertemu dengan pengundi bagi komuniti india di Sungai Bakap, Pulau Pinang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE