fb fb fb fb fb

Jentera PRK Sungai Bakap, diseru manfaat baki tempoh berkempen

Chow Kon Yeow

SUNGAI BAKAP, 1 Julai- Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap diseru untuk memanfaatkan masa sepanjang lima hari baki tempoh berkempen. 

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, usaha itu perlu mendapat sokongan daripada rakyat pada saat-saat akhir selain memperkukuh pelbagai usaha dan strategi.

"Sebenarnya kita perlu sokongan semua pengundi di semua daerah mengundi untuk mencapai kemenangan. Setiap undi adalah penting, oleh itu kita meluaskan mesej keluar mengundi beramai-ramai. Sekiranya ini berlaku baru, ini peluang kita untuk beroleh peluang kemenangan.

"...saya rasa dalam minggu yang kedua ini ia akan ditingkatkan menerusi kekerapan lawatan dan sebagainya," katanya kepada pemberita semasa program Ziarah Kasih di sini.

Beliau turut menambah, pengundi cina di Sungai Bakap mewakili lebih 20 peratus, menjadi antara penyumbang besar kepada jumlah undi pada PRK Sungai Bakap pada 6 Julai ini. 

Dalam pada itu, beliau turut menolak kenyataan 'yakin menang' sempena PRK Sungai Bakap, berikutan kedua-dua parti bertanding menunjukkan potensi seimbang.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI