SUNGAI BAKAP, 1 Julai- Berlaku ketidakaturan atau perbezaan yang dipanggil anomali dalam pola politik di Sungai Bakap pada 2023.
Itu yang digambarkan Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk.
Bagaimanapun, jelas beliau, peratusan keluar mengundi pada Sabtu depan akan mempengaruhi kemenangan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.
"Kalau kita lihat sebelum ini sejak tahun 2008 sehingga tahun 2023 Parti Keadilan Rakyat..jadi di sini mungkin trend dari 2008 akan berterusan kerana apa yang berlaku pada tahun 2023 boleh dikatakan sebagai satu anomali," katanya selepas menjadi tetamu Bicara Prisma Khas PRK N.20 Sungai Bakap di Konti Mini MutiaraFM di sini.