Ringgit kekal stabil berbanding mata wang utama pada suku kedua 2026

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos -Ringgit dijangka terus berada pada kedudukan yang stabil berbanding mata wang rakan dagangan utama pada suku kedua 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • NEER susut 0.8% pada suku kedua 2026, berbanding kenaikan 1.4% pada suku pertama 2026.
  • Setakat 12 Ogos 2026, ringgit susut 0.9% berbanding dolar AS; NEER turun 1% berbanding mata wang rakan dagangan.
  • Bank Negara menyatakan kestabilan disokong asas ekonomi domestik kukuh dan momentum pertumbuhan negara yang positif.

Prestasi dicatat meski lanskap kewangan global terus berubah, khususnya berikutan perubahan jangkaan pasaran terhadap hala tuju dasar monetari Amerika Syarikat (AS).

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan berkata, kadar pertukaran efektif nominal (NEER) susut 0.8 peratus pada suku kedua 2026, berbanding peningkatan 1.4 peratus pada suku pertama.

Bagi tempoh awal tahun sehingga 12 Ogos 2026, ringgit mencatat penyusutan 0.9 peratus berbanding dolar AS, manakala NEER turun satu peratus berbanding mata wang rakan dagangan utama Malaysia.

NEER merupakan ukuran yang mengambil kira prestasi ringgit berbanding sekumpulan mata wang utama.

Menurut BNM, kestabilan ringgit terus diperkukuh asas ekonomi domestik yang kukuh serta momentum pertumbuhan ekonomi negara yang positif.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.