Ringgit dijangka dalam julat 4.06-4.08 minggu depan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.06 hingga 4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat minggu depan, susulan sentimen pasaran yang kekal berhati-hati serta ketidaktentuan geopolitik berpanjangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiada pengumuman ekonomi utama di AS minggu depan yang boleh menjadi pemangkin pasaran mata wang.
  • Fokus pelabur pada pengumuman kadar pinjaman People's Bank of China pada 20 Julai dan keputusan dasar monetari Bank Pusat Eropah 23 Julai.
  • Peserta pasaran memantau perkembangan geopolitik di Asia Barat dan kesan kepada pergerakan harga minyak mentah.
  • Harga WTI dan Brent kekal tinggi memberi isyarat tekanan inflasi mungkin berterusan sepanjang Julai dan ringgit susut minggu ke minggu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, tiada pengumuman ekonomi utama dijadualkan di Amerika Syarikat (AS) minggu depan yang boleh menjadi pemangkin kepada pasaran mata wang.

Bagaimanapun, perhatian pelabur akan tertumpu kepada pengumuman kadar pinjaman utama oleh People’s Bank of China pada 20 Julai serta keputusan dasar monetari Bank Pusat Eropah pada 23 Julai.

Menurut beliau, peserta pasaran turut memantau perkembangan geopolitik di Asia Barat dan kesannya terhadap pergerakan harga minyak mentah.

Harga minyak mentah West Texas Intermediate dan Brent yang masih berada pada paras tinggi memberi isyarat bahawa tekanan inflasi berkemungkinan berterusan sepanjang Julai.

Bagi perbandingan Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada 4.09 berbanding dolar Amerika Syarikat daripada 4.06 pada minggu sebelumnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.