
KUALA LUMPUR, 2 Oktober – Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Jumaat, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.
RINGKASAN BERITA AI
- Kontrak niaga hadapan Okt, Nov, Dis 2026 dan Mac 2027 naik, masing-masing 9.5, 8.0, 8.0 dan 11.0 mata.
- Jumlah dagangan sebanyak 1,838 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 42,202 kontrak.
- FBM KLCI naik 6.07 mata kepada 1,636.43 berbanding 1,630.36 pada penutupan Khamis.
Pada 9.31 pagi, kontrak Oktober 2026 meningkat 9.5 mata kepada 1,623.0, November 2026 dan Disember 2026, masing-masing menambah 8.0 mata kepada 1,624.0 dan 1,629.0 serta Mac 2027 naik 11.0 mata kepada 1,617.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,838 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,202 kontrak.
Pada 9.35 pagi, FBM KLCI meningkat 6.07 mata kepada 1,636.43 daripada 1,630.36 semasa ditutup pada Khamis. – BERNAMA