
KUALA LUMPUR, 20 Jun– Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad (KOSWIP) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 13 peratus kepada semua anggotanya.
- Pengumuman dibuat ketika perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOSWIP.
- Pembayaran dividen dijangka mula dikreditkan ke akaun anggota selepas Selasa depan.
- Kebiasaannya keputusan mesyuarat diikuti kredit dividen selepas 23 haribulan terus ke setiap akaun anggota.
- KOSWIP bertekad mengekalkan kedudukan koperasi terbaik di Selangor dan sasar kelompok 10 koperasi terbaik Malaysia.
Pengerusi KOSWIP, Datuk Khairul Walid Mohamed berkata, bayaran dijangka mula dikreditkan ke akaun anggota selepas Selasa depan.
“Hari ini kita nak maklumkan KOSWIP mengumumkan bayaran dividen sebanyak 13 peratus kepada semua anggota KOSWIP.
Kebiasaannya selepas mesyuarat diputuskan, selepas 23 haribulan, kita akan terus kreditkan kepada setiap akaun anggota,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOSWIP Kali Ke-101, di sini.
Tambah Datuk Khairul Walid, KOSWIP turut bertekad untuk mengekalkan kedudukan sebagai koperasi terbaik di Selangor bagi tahun ketiga berturut-turut.
Pada masa sama, meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok 10 koperasi terbaik di Malaysia.