Konflik Asia Barat: CIMB tawar bantuan bersasar kepada pelanggan terjejas

Foto CIMB

KUALA LUMPUR, 8 April – CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd menawarkan bantuan bersasar bagi menyokong pelanggan yang terjejas konflik di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tujuan bantuan: kurangkan tekanan kewangan segera, sokong aliran tunai dan perkukuh daya tahan pelanggan dalam tempoh ketidaktentuan global.
  • Penangguhan bayaran sehingga enam bulan ditawarkan bagi kemudahan pinjaman dan pembiayaan.
  • Pelanggan perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana boleh mendapat penstrukturan semula serta penjadualan semula pembiayaan.

Langkah itu bertujuan mengurangkan tekanan kewangan segera, menyokong aliran tunai serta memperkukuh daya tahan pelanggan dalam tempoh ketidaktentuan global.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Novan Amirudin berkata, antara bantuan ditawarkan termasuk penangguhan bayaran sehingga enam bulan bagi kemudahan pinjaman dan pembiayaan.

“Selain itu, pelanggan perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana boleh mendapatkan penyelesaian penstrukturan semula serta penjadualan semula pembiayaan bagi mengurus obligasi pembayaran balik dan mengekalkan operasi,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh mengemukakan permohonan melalui laman sesawang CIMB atau di cawangan bank itu di seluruh negara.

CIMB komited bersama pelanggan dalam mengharungi cabaran yang berubah-ubah, dengan memastikan sokongan kewangan sentiasa tersedia.