KDNK Malaysia berkembang 6.0 peratus pada suku kedua 2026

Siti Asiah Ahmad/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua 2026, meningkat daripada 5.4 peratus yang direkodkan pada suku sebelumnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertumbuhan didorong oleh eksport kukuh, terutama sektor elektrik dan elektronik serta peningkatan eksport minyak dan gas.
  • Perbelanjaan isi rumah kekal stabil disokong pertumbuhan pendapatan berterusan dan sokongan dasar.
  • Pelaburan meningkat dipacu perbelanjaan struktur, mesin dan peralatan, manakala sektor perkhidmatan berkembang terutama ICT dan pusat data.

Ketua Perangkawan Malaysia, Siti Asiah Ahmad berkata, pertumbuhan itu dipacu terutamanya oleh prestasi eksport yang lebih kukuh, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), selain peningkatan eksport minyak dan gas (O&G).

Jelas beliau, perbelanjaan isi rumah kekal stabil, disokong pertumbuhan pendapatan yang berterusan serta sokongan dasar, manakala pertumbuhan pelaburan didorong oleh perbelanjaan terhadap struktur, mesin dan peralatan.

“Daripada aspek luaran, eksport berkembang lebih pantas, terutamanya disokong kekuatan berterusan produk elektrik dan elektronik (E&E), pengembangan sektor perkhidmatan serta pemulihan eksport gas asli cecair (LNG) dan produk pembuatan bukan E&E.

“Manakala menerusi aspek penawaran, pertumbuhan ekonomi disokong oleh pengembangan sektor perkhidmatan dan pembuatan. Sektor perkhidmatan mendapat manfaat daripada pertumbuhan subsektor berkaitan perniagaan, khususnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), susulan pengoperasian pusat data yang semakin berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku Kedua 2026 di sini, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.