
KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 1 tengah hari ini.
- Negeri terlibat: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Amaran ribut petir dikeluarkan bila hujan melebihi 20 milimeter sejam dan ribut dijangka berterusan lebih sejam.
- Cuaca panas dan kurang hujan di Borneo, terutamanya Sarawak; titik panas dan angin selatan berisiko jerebu, rujuk myCuaca dan MetMalaysia.
Negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Di Perak, kawasan terlibat termasuk Kerian, Selama, Larut Matang, Manjung dan Bagan Datuk, manakala di Selangor meliputi Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Sementara itu, cuaca panas dan kurang hujan dijangka berterusan di kebanyakan kawasan Borneo termasuk Sarawak sehingga 20 Ogos berdasarkan analisis model ramalan cuaca terkini.
MetMalaysia dalam hantaran Facebook berasingan memaklumkan, pengaruh angin dari arah selatan serta bilangan titik panas di Borneo berpotensi menyebabkan jerebu dan mengurangkan jarak ketampakan, khususnya di selatan Sarawak.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia, media sosial dan aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.