
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Mudah tunai dianggarkan RM40.72 bilion dalam pasaran konvensional dan RM28.01 bilion dalam pasaran wang Islam.
- BNM menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion (7 hari) dan RM1 bilion (92 hari).
- Bank pusat menyediakan kemudahan SBBA, repo berbalik dan Murabahah Komoditi bercagar untuk tujuh hari, sebulan dan tiga bulan.
- Pada pukul 4 petang, tender semalaman konvensional sehingga RM43.2 bilion dan Murabahah sehingga RM28 bilion dijalankan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan berjumlah RM40.72 bilion dalam pasaran konvensional dan RM28.01 bilion dalam pasaran wang Islam.
Hari ini, BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion dan RM1 bilion, masing-masing bagi tempoh tujuh hari dan 92 hari.
Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, Perjanjian Pinjaman dan Belian Balik Sekuriti (SBBA), serta kemudahan Murabahah Komoditi bercagar bagi tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM43.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM28 bilion. – BERNAMA