Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan RM42.02 bilion (konvensional) dan RM29.21 bilion (Islam).
  • BNM akan menjalankan tender repo berbalik konvensional RM2.0 bilion dan repo berbalik Islam RM1.2 bilion untuk tujuh hari.
  • Pada jam 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM44.0 bilion dan Murabahah sehingga RM30.4 bilion.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM42.02 bilion dalam pasaran konvensional dan RM29.21 bilion dalam dana Islam.

BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM2.0 bilion dan tender repo berbalik Islam bernilai RM1.2 bilion untuk tujuh hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM44.0 bilion dan RM30.4 bilion dalam tender semalaman Murabahah. – BERNAMA