Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 27 Januari– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bank Negara menyerap lebihan mudah tunai dengan menjalankan tender repo berbalik konvensional dan Islam.
  • BNM menyediakan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual beli balik dan Murabahah Komoditi Bercagar untuk variasi tempoh.
  • Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi operasi penyerapan likuiditi oleh BNM.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM38.58 bilion dalam pasaran konvensional dan RM19.91 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM500 juta untuk tujuh hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM300 juta untuk lapan hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM39.1 bilion dan RM20.2 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -BERNAMA

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan