
KUALA LUMPUR, 8 Januari – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
- Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia menyerap lebihan mudah tunai.
- Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional menurun kepada RM31.40 bilion.
- Kecairan dalam dana Islam meningkat kepada RM20.30 bilion.
- BNM mengeluarkan tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam untuk mengurus kecairan.
- Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 7 Januari 2026.
Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional menurun kepada RM31.40 bilion berbanding RM33.26 bilion pagi ini, manakala kecairan dalam dana Islam meningkat kepada RM20.30 bilion daripada RM19.59 bilion.
Terdahulu hari ini, bank pusat mengeluarkan satu tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.
Pada 4 petang, bank pusat itu menjalankan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM31.40 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM20.30 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 7 Januari 2026. – BERNAMA