Harga RON95, RON97 tanpa subsidi kekal bagi tempoh 1 hingga 7 Januari

KUALA LUMPUR, 31 Disember– Harga runcit petrol RON95 dan RON97 tanpa subsidi masing-masing kekal pada kadar RM2.56 dan RM3.16 dan seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Januari 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian Kewangan umum harga runcit petrol tanpa subsidi kekal untuk tempoh 1 hingga 7 Januari 2026.
  • Harga runcit petrol bersubsidi BUDI95 dikekalkan pada paras yang diumumkan oleh MOF.
  • Harga diesel untuk Semenanjung dan Sabah, Sarawak serta Labuan dikekalkan dalam tempoh sama.
  • Penetapan harga dibuat berdasarkan mekanisme harga mingguan produk petroleum APM.
  • Kerajaan akan terus memantau harga minyak dunia dan ambil langkah sesuai untuk kebajikan rakyat.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pula kekal pada paras RM1.99 seliter.

“Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada kadar RM2.94 seliter dan Sabah, Sarawak serta Labuan kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh sama,” kata kenyataan itu.

Menurut MOF, penetapan harga berkenaan dibuat berdasarkan harga mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan melalui MOF akan terus memantau trend harga minyak dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.