FBM KLCI disasar pada paras 1,760 mata, FBM Hijrah Shariah pada 14,582 mata

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Jun – BIMB Securities mengekalkan sasaran akhir tahun FBM KLCI pada paras 1,760 mata, manakala FBM Hijrah Shariah disasarkan pada 14,582 mata.

RINGKASAN BERITA AI
  • Asas ekonomi domestik kekal kukuh, disokong pertumbuhan KDNK 5.4 peratus pada suku pertama 2026.
  • Pasaran dijangka berdepan ketidakstabilan global termasuk ketegangan Asia Barat, kejutan harga tenaga dan gangguan rantaian bekalan.
  • Penyertaan pasaran kekal tertumpu pada sektor terpilih seperti teknologi, hartanah dan perindustrian.
  • Fokus pelaburan disarankan pada sektor terlindung seperti perbankan dan pembinaan; pengukuhan ringgit beri manfaat pengimport, cabaran pengeksport.

Menurut firma itu, pasaran tempatan masih disokong asas ekonomi domestik yang berdaya tahan, selepas Malaysia mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.4 peratus pada suku pertama 2026.

Namun, prestasi pasaran dijangka terus berdepan persekitaran global yang tidak menentu, termasuk ketegangan geopolitik di Asia Barat, kejutan harga tenaga serta perubahan dalam rantaian bekalan dunia.

“Walaupun indeks utama mencatat kenaikan tahunan yang kukuh, penyertaan pasaran masih tertumpu kepada beberapa sektor terpilih seperti teknologi, hartanah dan perindustrian.

“Bagi strategi pelaburan, beri tumpuan kepada sektor yang lebih terlindung daripada kejutan perdagangan luar, termasuk perbankan dan pembinaan perlu.

“Dalam masa sama, pengukuhan ringgit dijangka memberi kesan berbeza mengikut sektor, dengan pengimport domestik berpotensi menerima manfaat, manakala pengeksport mungkin berdepan sedikit cabaran dari segi tukaran mata wang,” menurut firma tersebut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.