Belanjawan 2027 teliti peluang ekonomi baharu untuk anak muda

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, antara bidang yang sedang diberi perhatian ialah sektor pasaran saham dan pemilikannya./ RTM

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk memberi lebih banyak peluang kepada golongan muda menyertai serta meneroka bidang ekonomi baharu menerusi Belanjawan 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sediakan laluan jelas supaya belia dapat menyertai dan meneroka segmen ekonomi baharu.
  • Fokus kepada peluang berkaitan pasaran saham dan pemilikan untuk membina pengalaman belia.
  • Pengurusan fiskal perlu seimbang dengan insentif demi meneruskan projek dan tingkatkan peluang masa depan.
  • Persiapkan generasi muda untuk memikul tanggungjawab ekonomi negara yang menua; sokong program inovasi seperti Junior Innovathon.

Ini termasuk penyediaan laluan lebih jelas untuk mereka sertai.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, antara bidang yang sedang diberi perhatian ialah peluang berkaitan sektor pasaran saham dan pemilikannya, yang membolehkan golongan muda mempelajari serta meneroka segmen ekonomi baharu itu.

“Kita ingin membuka satu dua ruang supaya bakat anak muda ini ada peluang untuk satu segmen atau dua segmen yang sebelum ini tidak terbuka untuk mereka, terutamanya dari segi pasaran saham dan pemilikan,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sama kerajaan perlu mengambil kira kedudukan fiskal semasa, termasuk tekanan akibat krisis bekalan tenaga dan kenaikan harga minyak, bagi memastikan projek serta inisiatif sedia ada dapat diteruskan.

Menurutnya, pengurusan fiskal perlu diseimbangkan dengan usaha menyediakan insentif dan inisiatif yang mampu mengangkat peluang masa depan ekonomi, khususnya untuk golongan muda.

Katanya, langkah itu penting memandangkan Malaysia semakin menuju negara menua, sekali gus memerlukan generasi muda dipersiapkan untuk memikul tanggungjawab lebih besar dalam memastikan kelangsungan ekonomi dan pertumbuhan negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Junior Innovathon Musim Kedua 2026 di Angkasapuri Kota Media, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.