fb fb fb fb fb

Ziarah Medik: PEKAWANIS sasar bantu 400 pesakit kronik

(FOTO RTM)

SHAH ALAM, 8 Jun-Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) bakal meneruskan Program Ziarah Medik bulan ini dengan peruntukan sebanyak RM200,000  bagi menjayakan program tersebut.

Yang dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhamad berkata bagi sesi kedua ini dianggar lebih 400 pesakit kronik dari 40 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibantu.

"Ziarah Medik PEKAWANIS kita akan beri RM250 setiap seorang. Kita akan ke rumah merekan dan lihat apa keperluan mereka.

"Dalam pada masa sama, kita kana bekerjasama dengan sukarelawan kesihatan negeri Selangor (SUKE)", katanya ketika ditemui ketika ditemui pada Sambutan Hari Ibu dan Ulang Tahun Ke-15 Pekawanis di sini.

Menurut Masdiana program Ziarah Medik ini merupakan tahun ketiga penganjurannya.


(Yang Dipertua PEKAWANIS, Datin Seri Masdiana Muhamad)

Media Baharu