fb fb fb fb fb

SPM 2022: Edison Lau pelajar cemerlang Labuan

(Edison Lau Wei Chun diapit ibu dan bapanya)

LABUAN, 8 Jun- Seramai 987 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang menduduki peperiksaan itu telah mengambil keputusan di 10 buah sekolah menengah di Labuan hari ini.

Seramai 28 calon mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh sekurang-kurangnya 'A-' dalam setiap mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan Labuan, Yusup Mohamed berkata, daripada 39 mata pelajaran yang diambil oleh calon, 19 mata pelajaran telah mencapai kelulusan 100%.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2022 yang berlangsung di Sekolah Menengah Sains Labuan. 

Lima buah sekolah turut mendapat pencapaian kelulusan 100% iaitu Sekolah Menengah (SM) Sains Labuan, SM St. Anne, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancha-Rancha, Sekolah Menangan Agama (SMA) MAIWP dan SM St Anthony.

Edison Lau Wei Chun dari SMK Labuan menduduki senarai keputusan cemerlang dengan memperoleh 8A+ dan 2A.

(Pelajar cemerlang Labuan SPM 2022)

Media Baharu