fb fb fb fb fb

Konsep perpaduan rakyat di Sarawak diangkat ke peringkat nasional

(Foto FB Alexander Nanta Linggi)

KUALA LUMPUR, 8 Jun- 'Segulai Sejalai' yang berasal daripada bahasa Iban membawa maksud 'bersama sehaluan' atau dalam pengertian mudah 'bersatu padu'.

Menteri Kerja Raya, Dato' Sri Alexander Nanta Linggi berkata, bagi rakyat Sarawak,terutamanya kaum Dayak, konsep "segulai sejalai' bukan sesuatu yang asing.

Konsep itu telah dipegang sekian lama yang membentuk kesepaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Sarawak yang terdiri daripada lebih 30 suku kaum.

(Konsep perpaduan rakyat di Sarawak diangkat ke peringkat nasional)

Dalam hantaran di laman Facebooknya, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengangkat martabat 'Segulai Sejalai' dengan mengguna pakai dan menyebar luas konsep itu dalam konsep perpaduan, yang digagaskan oleh Kerajaan Madani.

Tambah beliau, kehadiran Anwar ke majlis sambutan perayaan Gawai Dayak malam tadi mencipta satu lagi sejarah, kerana beliau merupakan Perdana Menteri pertama hadir ke sambutan tersebut di Sarawak, sejak perayaan itu disambut lebih lima dekad lalu.

Alexander berharap semangat persefahaman dan perpaduan dapat terus didukung dalam kepelbagaian, demi membina Malaysia yang gemilang.

(Foto FB Alexander Nanta Linggi)

Media Baharu