fb fb fb fb fb

SPM 2022: Jemaah haji rai keputusan cemerlang 8A di Mekah

(Nur Saffiyah Nasuha)

MEKAH, 8 Jun- Salah seorang jemaah haji meraikan kesyukuran dan kegembiraan apabila memperoleh keputusan cemerlang 8A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022, sekali gus menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya.

Nur Saffiyah Nasuha Ramlan, 18, mendapat perkhabaran gembira itu selepas selesai solat subuh di Masjidil Haram.

Dia yang menunaikan haji tahun ini bersama lima adik beradiknya menerima berita keputusan SPM itu daripada ibu bapanya di Raub, Pahang.

Ketika dihubungi, Saffiyah menyatakan kesyukuran kerana memperoleh keputusan yang baik semasa berada di Tanah Suci.

Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Methodist, Raub memperoleh keputusan A menerusi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Pendidikan Visual dan Prinsip Perakaunan.

Nur Saffiyah Nasuha ketika ini berada di Mekah bersama kakak serta abangnya, Nur Ilyana Nasuha, Nur Nadirah Nasuha, Ahmad Firdaus Danial dan Nur Maisarah Nasuha selain abang ipar, Mohd Nur Syaza Badari.

Kedua ibu bapanya, Ramlan Abdul Majid dan Khuzaimah Abdul Talib tidak mengikuti mereka kerana masing-masing selesai menunaikan haji tahun lalu.

(Nur Saffiyah Nasuha)

Media Baharu