fb fb fb fb fb

Majlis Media Malaysia perlu utamakan etika kewartawanan

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Amalan kewartawanan beretika perlu menjadi salah satu perkara yang diutamakan Majlis Media Malaysia yang akan dibentuk.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata ia harus menjadi teras dan tunggak kepada media yang bebas.

"Pelaporan juga perlu mempunyai asas etika dan seperti yang dipelopori, dibawa oleh Malaysian Press Institute (MPI). Jadi saya sarankan bahawa amalan kewartawanan beretika itu menjadi tunggak, selain daripada kebebasan membuat pelaporan kerana kita tidak mahu disalah erti bahawa boleh sewenang-wenangnya menulis berita yang tidak benar, atau pun menganggap fakta yang tidak berasas", katanya.


(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)

Jelasnya, ia dilihat sebagai satu semangat baharu yang diangkat dan dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pentadbiran Kerajaan Perpaduan ini.

Terdahulu, Fahmi turut menyentuh isu tekanan ekonomi yang dihadapi syarikat media tempatan sehingga menyebabkan pendapatan mereka merudum sebanyak 75 peratus.

Pihak kementeriannya sedang meneliti beberapa rangka model bagi menyelesaikan isu tersebut sebelum Majlis Media boleh dibentuk sepenuhnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Forum Hari Kebebasan Media Sedunia 2023.

Media Baharu