(Foto fail)
KUALA LUMPUR, 8 Jun- Pengoperasian bas percuma GO KL akan diperluas laluannya secara berperingkat mengikut keperluan sesuatu kawasan.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.
Pada masa ini perkhidmatan bawah kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu disediakan di 13 laluan iaitu empat di laluan batuan akhir (last mile) dan sembilan laluan batuan awal (first mile).
Manakala dari segi kekerapan bas GO KL adalah dari lima hingga lapan minit pada waktu puncak dan 15 hingga 30 minit ketika luar waktu puncak
Satu jawatankuasa juga telah ditubuhkan bagi mengatasi kesesakan laluan GO KL
Antaranya memastikan projek-projek pembinaan melibatkan aliran trafik perlu disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Pada masa sama, DBKL perlu mencadangkan laluan kontra bagi penyuraian trafik
Ramkarpal berkata demikian dalam sesi soal jawab sidan gDewan Rakyat.
(Ramkarpal Singh berkata Laluan bas percuma GO KL diperluas mengikut keperluan)