fb fb fb fb fb

PTKKK bakal beroperasi September ini - Exco

KUALA KANGSAR, 8 Jun- Pasar Tani Kekal Kuala Kangsar (PTKKK) yang baharu, bakal beroperasi pada September tahun ini.

Pembinaan bangunan seluas 2.203 ekar itu hasil kerjasama daripada pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching berkata pembinaan pasar tersebut akan memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung selain menjamin keselamatan dan kebersihan kawasan itu.

"Kita wujudkan satu pusat untuk jualan hasil pertanian untuk sekitar Kuala Kangsar ini dan juga untuk menggantikan fungsi Pasar Awam Kuala Kangsar yang ada sekarang kerana kawasan itu dilihat sudah terlalu lama.

Isu keselamatan dan kebersihan antara faktor lain juga. Selain itu, kita mahu mengatasi kesesakan yang berlaku ekoran kawasan pasar yang terletak di pusat bandar sekali gus menjadi kawasan tumpuan ramai. Maka, akhirnya ada cadangan untuk kita bawa ke tapak lokasi di sini," kata Sandrea kepada pemberita ketika Lawatan Kerja ke Pasar Tani Kekal Kuala Kangsar bersama peniaga, hari ini.


(Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching ketika
Lawatan Kerja ke Pasar Tani Kekal Kuala Kangsar bersama peniaga, hari ini)

Tambah beliau, kemudahan awam seperti ruang solat, tandas, lot parkir, kafeteria dan ruang pejabat FAMA juga telah dibangunkan.

Media Baharu