fb fb fb fb fb

Hubungan akrab Malaysia-Indonesia berjaya selesaikan isu tertangguh

PUTRAJAYA, 8 Jun- Malaysia dan Indonesia berjaya menyelesaikan isu persempadanan maritim antara wilayah, melibatkan Laut Sulawesi dan Selat Melaka yang telah tertangguh selama 18 tahun.

Presiden Indonesia, Joko Widodo berharap menerusi hubungan akrab dan kesepakatan ini, proses rundingan bagi isu persempadanan lain dapat diselesaikan dengan segera.

"Tadi sudah banyak disampaikan Anwar, yang pertama saya menyambut baik penyelesaian rundingan sempadan laut di Laut Sulawesi dan bahagian selatan Selat Melaka setelah 18 tahun proses rundingan. Selepas 18 tahun berjaya diselesaikan, alhamdulillah," kata Joko Widodo dalam sidang media di Putrajaya.

"Itu sangat akrab serta memudahkan dan saya berbangga dengan pimpinan dua-dua negara hari ini, kita dapat selesaikan satu isu yang telah kita runding selama berpuluh tahun," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berada di Malaysia untuk lawatan kerja dua hari mulai semalam.

(Datuk Seri Anwar berkata hubungan akrab Malaysia-Indonesia berjaya selesaikan isu
tertangguh)

Media Baharu