fb fb fb fb fb

Ziarah Korban Vietnam: 40 kakitangan RTM, IAM terlibat

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 26 Jun- Seramai 40 orang kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) (Masjid Muhammadi Angkasapuri) dan Islamic Aid Malaysia (IAM) akan menyertai Ziarah Korban di Vietnam pada tahun ini.

Pengerusi Biro Sosial Masjid Muhammadi Angkasapuri, Ab Wahid Ab Hamid berkata pelaksanaan program akan diadakan di beberapa daerah di kawasan pedalaman iaitu sekitar kawasan Ho Chi Minh serta Phu Rieng.

"Pemilihan Vietnam kali ini bertepatan dengan keadaan umat Islam di sana yang kebanyakannya berada dalam keadaan selesa seperti negara kita,walaupun peratusnya tidak ramai berbanding jumlah penduduknya.

"Vietnam ini terpilih dan kita akan pergi ke tempat yang memerlukan sumbangan korban daripada kita," katanya selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di sini.

Pada tahun ini, kos RM550 bagi satu bahagian lembu/kerbau, RM3850 bagi seekor lembu/kerbau dan RM1200 bagi seekor kambing.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu