fb fb fb fb fb

DMDI, SLDN giat bantu golongan miskin, anjur program kemahiran perniagaan

(Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam menyampaikan anugerah kepada penerima pada
Majlis Anugerah dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Smart Partnership
Anugerah Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Melaka 2023)

MELAKA, 26 Jun- Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Malaysia akan menggiatkan program kemahiran dalam pelbagai bidang perniagaan dalam usaha membantu golongan memerlukan meningkatkan taraf hidup,

Pengerusi DMDI Putrajaya, Datuk Joyah Abd Rashid berkata, usaha tersebut dilaksanakan sejak 20 tahun lepas termasuk memilih peserta yang benar-benar layak menerusi sistem eKasih.

Pihaknya, akan memfokuskan golongan sasar seperti ibu tunggal, B40 dan miskin tegar.

Mereka yang terpilih akan menerima bantuan pendidikan dan peralatan bernilai RM4,500 sebelum memulakan perniagaan.

"Mereka yang terpilih akan menjalani latihan selama tujuh hari, dan kami psatikan mereka betul-betul bersedia.

"Setakat ini, 95 peratus daripada peserta telah menunjukkan hasil positif dan berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan,"kata Datuk Joyah.

Terdahulu beliau hadir pada Majlis Anugerah dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Smart Partnership Anugerah Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Melaka 2023 yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Jalan Hang Tuah.

Turut hadir, Presiden DMDI Malaysia, Datuk Md Nasir Ghani.

Pada majlis itu seramai 33 usahawan di seluruh negara menerima anugerah bagi tiga kategori iaitu Anugerah Kencana Bakti, Mutiara Citra dan Derma Bakti Citra sebagai pengiktirafan kepada mereka yang telah berjaya dalam bidang perniagaan diceburi.


(Pengerusi DMDI Putrajaya, Datuk Joyah Abd Rashid)

Media Baharu