BUKIT MERTAJAM, 26 Jun- Hampir 90,000 penerima telah mendapat manfaat daripada bantuan Bakul Rahmah di seluruh negara.
Inisiatif kerajaan ini amat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.
Penasihat Yayasan Global Mesra, Datuk Seri Salim Abdul Rahman berkata Demi memastikan golongan ini tidak tercicir, Yayasan Global Mesra akan terus memainkan peranan, menyalurkan bantuan tersebut.
"Buat masa sekarang, hampir 90,000 dapat Bakul Rahmah seluruh Malaysia. Di Selangor saja 11,000 dan di Pulau Pinang hampir semua tempat besar, hampir 5000 sebulan telah diedarkan setiap ADUN dan ahli parlimen semua kami bagi untuk diagihkan", katanya.

(Hampir 90,000 orang telah terima manfaat bantuan Bakul Rahmah)
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan hampir 150 Bakul Rahmah di perkarangan rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Cherok Tokun, Bukit Mertajam.
Sementara itu, penerima bakul rahmah menyatakan terima kasih atas bantuan tersebut.
"Bila dapat bakul ini dapatlah menampung perbelanjaan sikit, raya makin hampir, rasa seronok sangat bila terpilih", Fazilah Hussin.
"Terima kasih sangat, saya sangat bersyukur, saya ibu tunggal, terima kasih sangat", kata M. Tamilarasy.
Bakul rahmah bernilai hampir RM120.00 itu diisi dengan pek beras, sardin dan barangan keperluan dapur lain.