fb fb fb fb fb

Ziarah Kasih KEDAHfm bantu golongan memerlukan

 

ALOR SETAR, 18 April- Biarpun kemeriahan sambutan Aidilfitri semakin terasa, skuad KEDAHfm terus menyantuni golongan yang memerlukan menerusi program Ziarah Kasih.

Menurut Pengarah Jabatan Penyiaran Kedah, Sharimah Abu Bakar program bertemakan Berkat Ramadhan dan Aidilfitri  itu bertujuan mendekatkan warga KEDAHfm  prihatin dan cakna dengan masyarakat dan membantu menceriakan sedikit kehidupan mereka.

Seramai 10 pesara kakitangan RTM Kedah, ahli kelab  dan mereka yang kurang berkemampuan disantuni sepanjang program yang diadakan dalam dua peringkat di sekitar Sungai Petani dan Alor Setar.

Ada antara yang dikunjungi  dihimpit kesempitan hidup, menghidap penyakit kronik namun masih berusaha untuk menyara kehidupan.

"RTM Kedah memang prihatin kepada golongan yang memerlukan, kita ambil kesempatan Ramadan ini dan bersama menyumbang agar  dapat meringankan  bebanan meeka,"kata Sharimah.

Kunjungan skuad KEDAHfm peringkat kedua turut menyatuni bekas pemain gitar kumpulan D'Santani, Sobri Md Isa atau dikenali Pak Su Sobri, ibu tunggal dan warga emas  Mashitah @Zainab Din dan pengawal keselamatan Kassim Hasan.

Program kali ini melibatkan kerjasama startegik dengan syarikat Shaharudin  Optometrist.

Antara yang menerima sumbangan ialah keluarga allahyarham Jawaher Jaafar yang merupakan pelakon drama radio Pelengaq Pak Teh Mat di KEDAHfm.

Allahyarham meninggal akibat serangan jantung pada awal Mac lalu.

Sumbangan yang disampaikan kepada semua penerima berupa bantuan kewangan dan keperluan harian untuk Ramadhan dan Aidilftri.

KEDAHfm turut merancang untuk turun ke lokasi di daerah lain pada masa akan datang.


(Pengarah Jabatan Penyiaran Kedah, Sharimah Abu Bakar)

Media Baharu