fb fb fb fb fb

Program Bubur Lambuk PERAKfm: Perkukuh kerjasama agensi Persekutuan, negeri

IPOH, 18 April- Tradisi Program Bubur Lambuk PERAKfm di RTM Perak diteruskan lagi tahun ini bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara agensi persekutuan dan negeri.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi berkata kerjasama berkenaan penting bagi memberi nilai tambah dalam memenuhi objektif dan hala tuju kerajaan.

"Jadi pada saya program yang dianjurkan oleh RTM ini yang disokong penuh oleh portfolio saya Insyaallah saya akan perbanyakkan lagi program seumpama ini kerana kita boleh lihat hari ini di belakang sana ramai antaranya pelajar-pelajar, agensi-agensi kerajaan seperti mana saya sebut tadi ada lapan agensi bersama dengan kita semuanya menghantar wakil dan ini mengeratkan ukhuwah sesama agensi," katanya.


(Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi)

Beliau bercakap kepada RTM pada program memasak Bubur Lambuk Madani PERAKfm di RTM Perak, Ipoh.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Perak, Syazariah Majidi.

Sebanyak tujuh periuk bubur lambuk disediakan secara bergotong royong untuk program tersebut , melibatkan lapan agensi kerajaan persekutuan dan negeri.

Media Baharu