fb fb fb fb fb

Zahir Hassan sebak sentuh isu perumahan 'sakit'

Zahir Hassan

KUALA LUMPUR, 25 Oktober- Isu kesulitan dan beban ditanggung pembeli projek perumahanan terbengkalai menyentuh emosi ahli Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat.

Zahir kelihatan menitiskan air mata ketika berkongsi tekanan berterusan dialami pembeli di salah satu projek sakit di kawasan Parlimen beliau.

Ia disebabkan ada dalam kalangan pembeli tidak sempat duduk di rumah tersebut kerana telah meninggal dunia.

"Kita merakamkan pada mereka yang tak sempat... tak sempat masuk rumah telah meninggal dunia... Jawapan timbalan menteri pada soalan lisan saya semalam, telah memberi cahaya kepada nasib projek ini," katanya dalam nada sebak di Dewan Rakyat di sini.

Dalam pada itu Zahir mengucapkan tahniah kepada pasukan Pasukan Petugas Khas di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana menyelesaikan isu projek perumahan sakit.

Perkara itu merupakan pencapaian luar biasa kerana menyelamatkan 256 projek perumahan swasta sakit, lewat dan terbengkalai hingga Ogos lepas.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI