fb fb fb fb fb

Zahid Hamidi rakam penghargaan kepada media buat liputan MTL 2023/2024

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 7 Mei - Petugas media telah memberikan liputan yang amat baik ketika negara sedang mendepani Monsun Timur Laut (MTL), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu beliau merakamkan penghargaan kepada petugas media yang membuat liputan sepanjang MTL.

“Saya akan rasa bersalah kalau tidak berterima kasih kepada petugas media yang telah memberikan liputan amat-amat baik.

“Rupa-rupanya apabila kita menghadapi masalah bencana, tidak ada lontaran dan pandangan negatif yang dipalingkan kepada kita, ertinya kita sebagai rakyat Malaysia dan mereka sebagai pengamal media di negara ini tidak bergelut pendapat. Ini cukup membanggakan atas kerjasama pihak-pihak media,”

Beliau berucap dalam majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan MTL 2023/2024 hari ini, beliau berkata pihak media telah memberikan liputan yang amat baik ketika negara sedang mendepani bencana itu.

Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan peranan agensi penguatkuasa, agensi tindak balas, agensi teknikal, syarikat telekomunikasi, kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan yang turut sama berganding bahu semasa MTL.

TETITIA YUSOFF