fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid mula bertugas

(Ahmad Zahid menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas)

PUTRAJAYA, 5 Disember- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memulakan tugas rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri hari ini.

Beliau memasuki pejabatnya di Aras 4, Bangunan Perdana Putra pada pukul 8.06 pagi dengan diiringi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid kemudiannya mengimbas kad perakam waktu seterusnya mengaminkan bacaan doa yang dibaca Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam JPM, Kamaruzaman Abdul Aziz.

Selepas memasuki pejabatnya, beliau turut menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, 69, pada Jumaat lalu diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam kabinet kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) kemudiannya mengangkat sumpah jawatan bersama 27 menteri yang lain di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu.

Ini merupakan kali kedua beliau bertugas sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas kali terakhir menjawat jawatan tersebut sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

(Ahmad Zahid mengimbas kad perakam waktu)

Media Baharu