KUALA LUMPUR, 13 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan kawasan di Semenanjung, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan hingga 9 malam ini, susulan keadaan cuaca tidak menentu yang dikesan petang tadi.
MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan pada 5.40 petang memaklumkan kawasan terlibat di Semenanjung ialah Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Manjung, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong), Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau), Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat).
Di Sarawak, amaran melibatkan Kuching (Bau, Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit, Selangau), Kapit, Bintulu serta Limbang (Lawas).
Manakala di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran) dan Kudat, selain WP Labuan.