fb fb fb fb fb

Sarawak cadang wujudkan tabung amanah

(Foto hiasan)

KUCHING, 5 Disember- Kerajaan Sarawak mencadangkan agar peruntukan yang bakal diberikan kerajaan Persekutuan kepada negeri dapat diletakkan dalam satu tabung amanah.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara itu dipersetujui secara prinsip oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan di Ibu Negara pada Sabtu.

“Perdana Menteri sudah bersetuju pada prinsipnya supaya pembangunan di Sarawak mempunyai dana daripada semenanjung akan dilihat semula kerana saya telah mencadangkan supaya tabung amanah ditubuhkan.

"Sekiranya Sarawak mempunyai RM4 billion daripada kerajaan pusat, ia akan diletakkan di dalam tabung amanah. Kalau boleh pelaksanaan tersebut ditentukan di Sarawak di bawah Kementerian Kewangan Malaysia," katanya dalam sidang media selepas perasmian dewan Persatuan Badminton Sarawak dan Kejohanan Piala Abang Jo 2022 pada Ahad.

Bagaimanapun rangka kerja bagi tabung itu, kelak akan ditentukan oleh satu jawatankuasa.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) menzahirkan penghargaan atas pelantikan lima menteri dari GPS sekali gus menunjukkan keyakinan untuk membawa kemajuan di bawah Kerajaan Perpaduan.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara itu dipersetujui secara prinsip oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan di Ibu Negara pada Sabtu.

(Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg)

Media Baharu