fb fb fb fb fb

Menteri Pendidikan mulakan tugas rasmi

PUTRAJAYA, 5 Disember- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tiba di Kementerian Pendidikan sekitar 8.52 pagi bagi mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas rasmi.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan, Dato' Pkharuddin Ghazali.

Beliau yang juga ahli Parlimen Nibong Tebal telah mengangkat sumpah jawatan pada Sabtu lalu dihadapan Yang Dipertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Fadhlina Sidek merupakan pengamal undang-undang dan sebelum ini pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Anti Rasuah Dewan Negara.


(Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tiba di Kementerian Pendidikan sekitar 8.52 pagi
bagi mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas rasmi)

Media Baharu