fb fb fb fb fb

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, mulakan tugas rasmi

(Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa (kiri) menerima pas keselamatan KKM daripada
Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh Hardev Singh (kanan) sebelum mengimbas
kedatangan pada hari pertama memulakan tugas secara rasmi)

PUTRAJAYA, 5 Disember- Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, tiba di Kementerian Kesihatan di Putrajaya pada pukul 8.35 pagi tadi bagi mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas rasmi.

Ketibaan beliau disambut Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh dan juga warga kementerian kesihatan.

Dr. Zaliha kemudiannya diberikan taklimat ringkas sebelum mengadakan perjumpaan bersama pengurusan tertinggi KKM.

Beliau adalah antara pemimpin wanita yang dipilih menganggotai barisan kabinet kerajaan perpaduan.


(Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengimbas kedatangan pada sistem pengurusan
 kehadiran pada hari pertama memulakan tugas rasmi di Bangunan KKM)

Media Baharu