fb fb fb fb fb

Bilangan pesakit kanser lebih 20,000 setiap tahun

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan di Malaysia setiap tahun dengan purata usia bagi seorang pesakit ialah lebih 40 tahun.

Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr M. Murallitharan berkata bagaimanapun, sejak dua tahun kebelakangan ini, ramai pesakit kanser baharu adalah dalam kalangan mereka yang berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.

Situasi tersebut jelasnya amat membimbangkan. Kini penyakit itu turut menyerang mereka yang lebih muda termasuk kanak-kanak.

Bagi lelaki, terdapat 10 jenis kanser yang sering mereka hidapi.

Namun kategori tertinggi yang direkodkan ialah kanser usus diikuti paru-paru, prostat, limfoma, nasofarinks, hati, leukemia, perut, kulit dan pundi kencing.

Bagi wanita pula, kanser tertinggi yang direkodkan ialah payudara diikuti kolorektal atau usus, pangkal rahim, paru-paru, ovari, corpus uteri, limfoma, tiroid, leukemia dan kulit.

Sehubungan itu, NCSM mencadangkan Program 'Satu Daerah, Satu Saringan' dilaksanakan di setiap negeri secara berperingkat pada tahun hadapan.

Ia sebagai usaha menggalak dan memudahkan rakyat melakukan saringan kesihatan khususnya mengesan penyakit kanser yang digelar sebagai pembunuh senyap.

(Foto hiasan)

Media Baharu