fb fb fb fb fb

Anwar Ibrahim sesuai pegang jawatan Menteri Kewangan - Rafizi

(Rafizi Ramli pada sidang media Kementerian Ekonomi di Putrajaya)

PUTRAJAYA, 5 Disember- Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan Menteri Kewangan dilihat sesuai ketika ini demikian dinyatakan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata keputusan sukar itu diambil berikutan keadaan terdesak dan demi kepimpinan ekonomi yang kuat.

Langkah tersebut dilihat sebagai teras kepada projek dan program kerajaan.

Menurut Rafizi, "bila kita ada gabungan yang membentuk kerajaan, sudah tentu setiap komponen mahu jawatan kewangan itu berada di pihak mereka.

"Oleh kerana keadaan luar biasa, bagi saya keputusan itu sesuai buat masa sekarang."

Beliau berkata demikian dalam sidang media Kementerian Ekonomi di Putrajaya.

Sebelum ini, Anwar pernah menjadi Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 dan Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998.

Ahli Parlimen Tambun itu juga pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia pada tahun 1990-an.

(Rafizi Ramli)

Media Baharu