fb fb fb fb fb

Menteri Sains dan Teknologi, mulakan tugas rasmi

PUTRAJAYA, 5 Disember- Menteri Sains dan Teknologi, Chang Lih Kang tiba di bangunan Kementerian Sains dan Teknologi sekitar 8.32 pagi dan mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas rasmi.

Ketibaannya disambut Ketua Setiausaha Kementerian Sains dan Teknolgi, Datuk Ts. Dr. Aminuddin Hassim serta Pegawai-Pegawai Pengurusan Tertinggi Kementerian.

Berkelulusan kejuruteraan awam, beliau pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pembangunan Infrastruktur Parlimen Malaysia, Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri serta Koordinator Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).


(Menteri Sains dan Teknologi, Chang Lih Kang mengimbas kad perakam waktu
sebagai tanda memulakan tugas rasmi/FB MOSTI)

"Saya rasa teruja dan mempunyai tanggungjawab yang berat. Tanggungjawab yang saya pikul ini sangat berat kerana ia melibatkan masa depan negara.

"Jadi banyak yang perlu saya belajar tentang perkara-perkara dalam kementerian", katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Merakam Waktu Masuk.

Media Baharu