fb fb fb fb fb

Kira-kira RM50 juta dibelanjakan bagi projek naik taraf di Pulau Tioman

(Foto hiasan)

PULAU TIOMAN, 5 Disember- Kerajaan Pahang membelanjakan kira-kira RM50 juta menerusi Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) bagi menaik taraf kemudahan di Pulau TiomanĀ untuk tempoh 2021 hingga 2024.

Antara projek yang menjadi keutamaan adalah menambah baik jeti penumpang di beberapa kampung sekitar pulau berkenaan.

Bagaimanapun Pengurus Besar TDA, Datuk Idros Yahya memaklumkan, projek naik taraf jeti di Kampung Genting bernilai RM4.6 juta telah siap tahun ini.

Manakala jeti di Kampung Salang sedang dinaik taraf dan projek tersebut melibatkan kos sebanyak RM3.7 juta.

Bagi kerja menaik taraf jeti penumpang di Kampung Tekek sebanyak RM10 juta diperuntukkan.

Selain itu, RM6.1 juta lagi untuk baik pulih jeti di Kampung Juara.

(Idros Yahya)

Idros Yahya turut memaklumkan, kemudahan jeti kargo di Pulau Tioman akan dibaiki bagi meningkatkan perkhidmatan penghantaran barang yang akan mengurangkan kos kendalian dan harga barang di pulau itu.

Selain itu, "kita sedang melaksanakan beberapa projek naik taraf lain dan sebut harga bagi projek itu telah ditutup.

"Sebanyak RM 20 juta diperuntukkan bagi kemudahan bekalan air terawat dan bersih di Pulau Tioman. Projek tersebut dijangka akan bermula pada suku pertama dan kedua 2023,"

Manfaat daripada kedua-dua projek itu adalah memastikan penduduk mendapatkan bekalan air bersih dan terawat pada masa akan datang, selain mengatasi masalah gangguan bekalan air.

Pulau Tioman diisytiharkan sebagai pulau teknologi hijau yang menggunakan kemudahan mesra alam seperti penggunaan tenaga solar bagi lampu jalan.

Media Baharu