fb fb fb fb fb

RM39.31 bilion dicatatkan KWSP bagi pendapatan pelaburan kasar

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merekodkan jumlah pendapatan pelaburan kasar RM39.31 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2022.

Ia susut 18% berbanding RM48.02 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Jumlah pendapatan pelaburan kasar bagi suku ketiga berjumlah RM12.32 bilion, menurun sebanyak RM1.65 bilion berbanding RM13.97 bilion pada suku ketiga 2021.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, KWSP mencatatkan prestasi suku ketiga sebanyak 11%.

Keadaan tersebut lebih baik daripada suku sebelumnya.

Bagi suku tahun dikaji, ekuiti menyumbang RM5.49 bilion merangkumi 45% daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar.

(Foto hiasan)

Instrumen Pendapatan Tetap, kekal tunjang kepada KWSP dengan menyumbang RM4.77 bilion kepada pendapatan pelaburan kasar

Hartanah dan Infrastruktur mencatat pendapatan RM1.67 bilion.

Manakala pendapatan daripada Instrumen Pasaran Wang menjana RM390 juta sejajar jangkaan
pulangan ditetapkan.

Sehingga September 2022, aset di bawah pengurusan KWSP berjumlah RM961.01 bilion.

Di sebalik cabaran makroekonomi, pertumbuhan aset kekal sihat dengan caruman diterima sehingga September 2022 sebanyak RM63.61 bilion.

Media Baharu