fb fb fb fb fb

Bajet emolumen akan dibentangkan dalam sidang parlimen akan datang - Rafizi

(Rafizi Ramli pada sidang media Kementerian Ekonomi)

PUTRAJAYA, 5 Disember- Bajet emolumen akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Demikian menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

"Bagaimanapun proses tersebut akan dilalui kerana kerajaan akan mengumumkan bajet emolumen dalam sidang akan datang.

"Bajet penuh mungkin akan dibentangkan pada satu atau dua bulan selepas bajet emolumen dibentangkan,"katanya pada sidang media Kementerian Ekonomi di Putrajaya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sidang Dewan Rakyat bermula pada 19 Disember ini.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Ekonomi akan kekal fokus dalam memastikan Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Perancangan sedia ada akan diteruskan meliputi aktiviti bernilai tinggi yang mampu menyumbang kepada ekonomi negara.

Selain itu, kementerian tersebut akan memberi tumpuan bagi mengurangkan golongan miskin tegar.

(Rafizi Ramli)

Media Baharu