fb fb fb fb fb

Datuk Seri Fadillah Yusof mulakan tugas Timbalan Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 5 DisemberNaib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memulakan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau merupakan salah seorang daripada dua Timbalan Perdana Menteri yang dilantik dalam kabinet kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Seri Fadillah, 60 tahun, turut memegang portfolio sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

Beliau memasuki pejabatnya di Aras 3, Bangunan Perdana Putra pada pukul 12.00 tengah hari dan mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas, seterusnya mengaminkan bacaan doa yang dipimpin Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam JPM, Kamaruzaman Abdul Aziz.


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof)

Ahli Parlimen Petra Jaya sejak 2004 itu seterusnya bergerak ke ruang dalam pejabat bagi sesi menandatangani buku Selamat Datang dan Selamat Bertugas.

Hadir sama, pada sesi tersebut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Datuk Sollehuddin Alyubi Zakaria.

Pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri turut mencipta sejarah apabila beliau merupakan ahli parlimen pertama dari Sarawak yang menjawat jawatan tersebut.

Media Baharu