fb fb fb fb fb

Zahid Hamidi dipanggil menghadap Sultan Johor petang ini

JOHOR BAHRU, 14 Mac- Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berhubung pelantikan Menteri Besar Johor, petang ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Kira-kira pukul 3.50 petang, kenderaan membawa Datuk Ahmad Zahid dilihat meninggalkan Istana di Danga Bay. Petugas media juga sedang menanti sidang media diadakan di Pejabat Perhubungan UMNO Johor.

Pada Pilihan Raya Umum, PRU Dewan Negeri Johor ke-15, BN memperoleh lebih dua pertiga majoriti iaitu 40 kerusi Dewan Negeri dari 56 kerusi yang dipertandingkan.

Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Zahid dilihat tiba di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal pada pukul 2.30 petang tadi, sebelum meninggalkan bangunan itu 20 minit kemudian.

Semasa kempen, Datuk Seri Ahmad Zahid menamakan Hasni, yang juga ADUN Benut sebagai calon menteri besar bagi BN untuk mengetuai kerajaan negeri baharu sekiranya parti itu memenangi PRN Johor. -BERNAMA


(Ahmad Zahid (kanan) dan Hasni (kiri) meninggalkan ibu pejabat Perhubungan UMNO Johor selepas mengadakan mesyuarat hari ini/ Foto Bernama)

Media Baharu