ALOR SETAR, 6 November - Bekalan barangan keperluan asas di Depoh Simpanan Barangan di Bedong mencukupi untuk menampung keperluan penduduk yang terjejas banjir di Pusat Permindahan Sementara (PPS).
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah Zakaria Taib berkata sebanyak RM1.9 juta diperuntukkan.
"JKM telah membuat perolehan tersebut sejak Ogos lalu," kata beliau dalam satu kenyataan.
Selain itu pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan akan berkerjasama dengan memainkan peranan sebagai sokongan terhadap bantuan dan keperluan penduduk yang terjejas.
JKM telah melaksanakan pelbagai langkah bagi menghadapi Monsun Timur Laut agar pengurusan bencana berjalan lancar dan kebajikan penduduk terpelihara.
Langkah berkenaan termasuk penyediaan logistik dan bekalan keperluan asas seperti makanan, pakaian, tikar, selimut dan kelengkapan bayi di semua depoh serta stor bencana negeri, penyenaraian dan PPS di seluruh negara.